Gereja England semenjak 1701 telah menyebarkan agama menggunakan sebuah agensi, iaitu Persatuan Penyebaran Injill (USPG) yang bertanggungjawab mendirikan rangkaian gereja bagi tujuan penyebaran agama mengikut denominasi Anglican [1]. Oleh demikian, Gereja Anglican di Malaya bermula sebagai misi USPG menyalurkan khidmat keagamaan kepada kakitangan dan masyarakat British yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan serta orang awam [2]

Seawal 1884, wujudnya masyarakat Anglican yang cukup bersemangat dan bertenaga di Telok Anson disebabkan pemerintahan bersama British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemasukan tenaga kerja asing dari India bertujuan untuk bekerja di ladang dan estet juga turut menyumbang kepada suasana di bandar.  Diantara mereka, terdapat kaum yang beragama Anglican Kristian dan lazimnya mereka menyembah serta bersyukur pada hari minggu dikalangan penempatan masing-masing manakala kaum Eropah berbuat demikian di banglo mereka. Pada umumnya seramai 40 – 50 orang bertemu khususnya bagi penyembahan dan kesyukuran agama, malah ini tidak dipandang dengan positif oleh kaum Anglican India dan oleh kerana itu ramai yang meninggalkan masyarakat Anglican memilih pula untuk menunaikan ibadat agama mereka ke Gereja Methodist Tamil yang bertapak di Sekolah Anglo Tamil[3]

Salah seorang paderi Anglican yang pertama, Rev A Markham yang dahulunya ditempatkan di Ipoh (1884-1887) yang berkhidmat khususnya bagi keperluan keagamaan masyarakat British di Telok Anson telah memperkenalkan kegunaan Bangunan Mahkamah Telok Anson yang dibina di 1893 sebagai tempat beribadat sementara pada hari Ahad, dan ini telah memberi kesan positif dengan peningkatan kehadiran para pengikut. Malah, dilaporkan;

“Bagi pagi Tahun Baru ini, kita hampir mencapai rumah penuh di bangunan Mahkamah sempena pensyukuran dan penyembahan pagi ini. Bangunan Mahkamah selaku gereja ini dihiaskan dengan cantik sekali oleh kaum wanita kami, dan ini bukan sesuatu yang biasa yang dikait dengan hiasan dalaman bagi sebuah Mahkamah Perundangan

Mengikut  Rev. J.P. Parry, dalam Majalah Masyarakat Gereja Perak Selatan yang disuntingnya pada tahun 1907 telah menyebut tentang kehebatan semangat komuniti gereja yang telah berjaya ditubuhkan di Telok Anson [5] Menjelang 1909, satu rancangan membina gereja baru pun telah disiapkan, malangnya pada penghujung 1910 sekitar bulan November, Rev Parry telah berhenti diakibatkan kesihatannya yang kurang baik. Seorang Superintendent En. H.J. Cooper yang cukup bersemangat mengambil alih kerja penyambungan pembinaan kerana wang pembinaan telah banyak berjaya dikutipkan oleh Puan Cooper. Pada bulan February 1911 beberapa anggota gereja iaitu; En. M.J. Hooper, En. Campbell, Puan Smith serta Kapten and Puan Lamprey memainkan peranan yang cukup penting dalam process pembinaan gereja ini. Bahagian muka bangunan telah Berjaya disempurnakan dalam bulan Mei 1911, tetapi malangnya dana pembinaan telah kehabisan. Walaupun begitu, Pn.Cooper memainkan peranan untuk mengadakan konsert bagi tujuan mengutip dana, satu idea yang cukup initiatif.

Lebih malang lagi, Kapten dan Pn. Lamprey telah diwartakan pemindahan tempat kerjanya, jadi tingallah legasi mereka yang hanya menyempurnakan pintu masuk gereja yang dibangunkan mengguna batu marmar. Ciri ini ada juga persamaannya dengan Gereja St.John’s di Ipoh.

Susulannya, persiapan pembinaan juga ditangguh sempena penabalan Raja George ke lima pada 22 June 1911.

Walaubagaimanapun, dana pembinaan gereja menerima suntikan geran sebanyak 25 Pound dari Persatuan Promosi Perfahamaan Kristian (S.P.C.K.) dan pada masa yang sama, Chaplain Rev H.C. Henham ditugaskan ke gereja. Akhirnya Gereja Anglican St. Luke berjaya disucikan pada pukul 5.15 petang, hari Jumaat,26 April 1912.

Rev. Parry dilaporkan berkata;

“Gereja kecil di Teluk Anson, yang dibangunkan tanpa apa-apa keistimewaaan tidak juga kekurangan dari segi kecantikan ataupun kerahmatan, akan tetapi penyempurnaan kesuciaan adalah amat lengkap jika dibandingkan kemampuan.  Kita harus bersyukur dengan penyumbangan dari Messrs. Campbell, Setiausaha Kehormat, Stevens dan H.J. Cooper, yang disebut bukan hanya menyelia persiapan struktur, tetapi juga menolong dengan pengaturan perabot yang praktikal. Gereja ini juga kelihatan sempurna sekali apabila pintunya dibuka kepada para pengunjung, terutama kepada Bishop, Chaplain dan wakil-wakil masyarakat. 

En.Kingston pemain organ kami serta kornya memberi pertunjukkan yang aman sekali. Bishop pula telah menyampaikan khutbah yang cukup menarik dan praktikal mengikut injil St. John, dan semua yang terlibat dirahmatkan kesucian sepenuhnya.

Semasa penyampaian pujian kedua oleh kor penyanyi , pendermaan koleksi telah dibuat bagi menyempurnakan Penjamuan Kudus. Pada kesuluruhanya, terdapat pujian kudus amat bermaruah dan mengkagumkan” (6)

Perasmian Gereja juga telah dilaporkan dalam akhbar The Straits Times pada 1 May 1912, menyatakan:

Gereja St.Luke Penginjil, Teluk Anson berjaya disucikan Bishop Singapura pada Jumaat lepas, jam 5.15pm. Pemujian suci yang cukup bermaruah dan mengkagumkan. En.Kingston, pemain organ serta kor nyanyian yang amat effektif telah memberi penyampaian nyanyian yang cukup ketara, manakala Bishop menyampaikan injil yang amat bermakna, kesemuanya setaraf dengan penghormatan kepada Penginjil, Ahli Sejarah dan Penyunting Nyanyian Kristian utama oleh kaum Kristian sedunia. (7)

Gereja St. Luke adalah sebuah gereja yang didirikan bangunannya menggunakan kayu sesuai dengan reka bentuk seni bina yang bersifat ‘nave and chancel’ dengan atap yang tinggi serta menara loceng serta loceng yang dibuat di England. Gereja ini ditempatkan dipertengahan bandar dan sesuai menampung sehingga 60 orang.(8)

Menurut pencetakan “Onlooker” dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Gereja-gereja baru di Semenanjung Malaya’(New Churches in the Malay Peninsular), Bishop Hose telah mengemukakan cadangan menamakan Gereja St.Luke Teluk Anson serta tiga lagi gereja dibawah Keuskupan Agung Anglican menggunakan nama-nama empat Penginjil Utama serta Rasul mengikut Kitab Injil . Keempat-empat Gereja yang disucikan ialah Gereja di Singapura(St Matthew’s Church), Seremban (St Mark’s Church), Teluk Anson (St Luke’s Church) dan Ipoh (St John’s Church). (9)

Dalam penguhujungan tahun 1928, Rev. Nigel Williams telah ditempatkan sebagai Paderi Resident yang pertama di Teluk Anson, lalu dia menginap di perumahan gereja St.Luke dan juga berkhidmat menjaga keperluan keagamaan di Sumatera.

D:\Data\Desktop\IMG-20191008-WA0074.jpg

Gereja Anglican St Luke’s Anglican telah menjalani pembinaan semula yang berskala besar dalam tahun 2000 dan dimodenkan dari struktur asal yang berciri kayu kepada sebuah bangunan moden yang menggunakan batu-bata dan simen. Ia telah dirasmikan pada 13 Mei 2001 oleh Bishop masa itu iaitu Bishop Tan Sri Dr. Lim Cheng Ean. Pada tahun 2010, dewan gereja serta perumahan gereja pula diperbaharui dan dirasmikan pada bulan Oktober 2010 oleh Bishop Datuk Ng Moon Hing.

D:\Data\Desktop\20191009_003919.jpg

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here